Entah berapa lama sudah aku tidak memuatkan ilmu kedalam minda ini. Siang asyik bekerja, malam pula buat kerja. Tiba-tiba terasa ingin mengasingkan diri dari dunia yang penuh dengan kebosanan. Setiap hari keluar bekerja pasti akan terserempak dengan pengguna jalan raya yang tidak faham undang-undang jalan raya. Memandu kereta 60 km/j di lorong kanan. Seawal pagi lagi sudah menyesakkan minda yg berserabut. Entah apa yg menggangu hati ini, tidak dapat ku ungkaikan. Sesekali hati ingin sekali terbang jauh, menjejaki bumi ciptaan Tuhan yang tak pernah ku jejaki. Tetapi wang ringgit menjadi penghalang. Aku bukan anak orang berada yg bergantung sepenuhnya dgn duit ibubapa. Aku hidup berdikari sendiri, cuba untuk tidak bergantung kepada orang tua. Hati terasa sunyi sepi walaupun teman berada di sekeliling untuk menghiburkan. Tetapi hati ini tetap di landa kesunyian yg teramat sangat. Aku pernah jatuh dari gunung harapan, terasa amat payah untuk berdiri semula, kaki terasa berat untuk melangkah, hati pula asyik berkata mungkin masih ada peluang lagi. Namun aku bukan seperti gadis biasa yang lemah semangat. Aku tidak akan berhenti berjuang, jalan untuk masih terlalu panjang, masih banyak perkara yang aku perlu pelajari.
"Berhentilah mengharap pada seseorang untuk kembali, tetapi belajarlah jatuh cinta lagi dan memulakan satu kehidupan baru. Teruskanlah hidup ini seolah-olah dia tidak akan kembali buat selama-lamanya...Jika dia benar-benar tidak kembali, masa tidak terbuang. Ada hikmah disebaliknya dan hargailah pengalaman yang dilalui sepanjang perpisahan itu..."
Ungkapan dari sebuah novel yang baru kubaca benar-benar telah menghembuskan suatu ketenangan yang kuinginkan. Tapi dapatkah aku melalui rintangan yg telah terbentang luas di hadapan mataku. Ya Allah, aku terima apa saja yang telah Engkau suratkan kepadaku. Aku percaya disebalik setiap kejadian yang berlaku tersembunyi hikmah dari-Mu. Aku cuma insan yang lemah yang mudah terpedaya dengan ajakan syaitan. Aku tidak akan menyesali setiap tindakanku, kerana dari kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk menanganinya. Dari pengalaman kita belajar untuk hidup dengan lebih bermakna, belajar untuk menghargai orang yang sentiasa menyayangi kita.
. . . . . . . .
"Kalau seseorang tu bagi nasihat dengan kita, tandanya orang tu sayangkan kita...."
Entah kenapa, kata-kata itu tidak dapat meredakan keresahan hatiku. Entah kenapa aku merasakan sememangnya tiada sayang lagi dari insan yang mengungkapkan kata-kata itu. Setiap bait kata yang keluar dari mulutnya hanya menambahkan luka di hati. Aku ingin menangis semahunya, tetapi air mata ini seperti tidak ingin lagi keluar. Aku ingin mencari ketenangan... Sepertinya, aku tidak pernah merasai erti cinta yang sebenarnya. Aku keliru dengan perasaan aku selama ini. Jika benar-benar sayang, kita tidak akan sanggup melukai hatinya. Benarlah seperti kata orang. "Kita cuma perlu beberapa saat untuk mencintai seseorang, tetapi untuk melupakannya mengambil masa bertahun-tahun lamanya..."
Aku takut untuk jatuh cinta lagi, takut dikecewakan dan takut mengecewakan orang lain. Beberapa orang datang untuk mengetuk pintu hati ini, tetapi ia seperti tertutup rapat. Bukan aku tidak ingin memberikan peluang kepada orang lain. Tetapi susah untuk dimengerti perasaan ini. Aku tidak ingin membuat kesilapan dalam memilih pasangan hidup. Tetapi adakah aku membuat kesilapan besar dengan bertindak sedemikian?.
"Cintailah dia yang menyayangi dirimu....."
Akan adakah ruang di hati ini untuk insan lain?
No comments:
Post a Comment